Mohd Faez

tengok2 lah selalu! sy newbie lg ttg blog2 nie. :) haha.

Sunday, March 13, 2011

Hajar Oh Hajar ...

apa yg aku hendak sampaikan cuma lah satu cerita antara aku dan dia .. agak lama prkenalan aku dan dia , aku berkenalan dgn dia pun melalui cousin dia .. hmm , firstly , dia seorang yg baik , garang sedikit , tp seorang wanita yg tak pernah jemu memaafkan aku .. 5 kali rasanya bertengkar besar , tp dia bleh trima aku lg sbagai teman dia .. betapa sayangnya dia pada aku .. cuma aku yg kdg2 takut utk brcinta dgn dia , sbb aku tkut yg aku akn khilangan dia dr dlm kamus hidup aku .. aku Melaka dan dia Johor , jauh kan ? tp itu bkn salah satu sebabnya ,dgn masa depan yg aku belum temui sebenar2nya , aku takut utk memulakan cinta bersama dia .. takut kecundang di tengah jalan .. sbb itu aku mahukan masa depan bila bercinta dgn dia , mudah utk aku brjumpa dia bila ekonomi aku stabil .. setiap kali aku rapat bersama dia , kami semakin kuat rasa utk mencintai , hinggakan aku takut utk menyatakan yg aku ingin hold rasa cinta ini bersama .. tp disebabkan aku tkut utk bgtahu , aku menghilangkan diri .... maafkan lah aku hajar jika aku kecewakan diri kau .... aku sayangkan kau , tp dlu aku cuma tak nak trburu buru , dan tkut akn kecewakan kau jika aku bg keputusan .. kau pun fhm stiap kali kita rapat ,kita mst rasa dicintai .. sdangkan aku tak mahu brcinta awal2 dgn kau .. takut kehilangan kau .. maafkan diri aku SITI HAJAR ....

Friday, March 11, 2011

Tragedi Tsunami Jepun

11/03/2011 bersamaan hari JUMAAT , 1.30PM waktu Malaysia. Mungkin suatu bencana yg tidak akan dilupakan setiap manusia, tsunami berukuran 8.9 skala ritcher terjadi di Negara Jepun, betapa besarnya kekuasaan Allah, sewajarnya kita berdoa agar tidak terjadinya bencana seperti itu di tempat kita. ambil sedikit sebanyak pengajaran, agar kita sentiasa beringat kepada-Nya. tidak mustahil jika Malaysia dilanda tsunami, semuanya terjadi hanya dgn izin Allah, tiada siapa yg dapat menghalangnya. Beringatlah wahai manusia,wahai agamaku, wahai bangsaku. Bagaikan air tertumpah dan menyirami semut-semut di tanah, sebesar itu lah yg kita rasai jika kita hanya seekor semut.

Friday, October 8, 2010

Ertinya Cinta

Salam semua kepada
pembaca blog yang tidak
menarik ini. Hehehehe.. Apa
yang saya nak tulis hari ini
adalah mengenai cinta. Saya
sebenarnya bukanlah
berpengalaman sangat
dalam ilmu percintaan tapi
bolehla sekadar nak bagi
sedikit pandangan kepada
anda-anda semua.
Cinta adalah sesuatu
anugerah Tuhan kepada
setiap hambanya sama ada
pada hamba yang taat atau
pun kufur. Kurniaan cinta
dari Pencipta kepada
hambanya adalah suatu
nikmat yang tidak boleh
dihintung selama-lamanya.
Cinta ini adalah ibarat ubat
walaupun rasa pahit nikmat
yang kita peroleh dari
kepahitan itu adalah dua kali
ganda lebih dari kemanisan
yang biasa. Setiap manusia
berhak bercinta sama ada
bercinta kepada makhluk
ataupun kepada yang Maha
Pencipta. Kemanisan cinta
yang sebenar datang dari
kemanisan bercinta kepada
Allah swt, jika tiada cinta
terhadap Allah swt tiadalah
kemanisan cinta yang
sebenar. Oleh itu marilah
kita sama-sama mencintai
kepada yang berhak dicintai.
Cinta kepada manusia hanya
sementara walaupun ada
kemanisannya. Setelah
tiadanya insan yang dicintai
kenanganlah yang menjadi
rujukan cinta kita. Tetapi apa
yang nak dikatakan di sini
ialah janganlah kamu
bercinta kepada makhluk
seandainya cinta itu boleh
membawa kamu untuk tidak
bercinta kepada Pencipta.
Kebiasaannya cinta kepada
manusia melalaikan kita
terutamanya cinta sebelum
berkahwin, kerana waktu
itulah cinta dipenuhi dengan
pelbagai bayangan syaitan
dalam setiap pergerakan dan
pemikiran. Bahayanya cinta
bila kita bercinta sesama
makhluk sebelum berkahwin
kerana di situ kemurkaan
Tuhan lebih banyak dari
keredhaan Tuhan terhadap
si pecinta.
Kalau anda sudah jatuh cinta
janganlah ditagguh hari
pertemuan cinta yang
sebenar. Dalam islam cinta
yang sebenar adalah cinta
selepas kahwin kerana cinta
sebelum kahwin banyak
keburukan terutamanya
boleh membawa kepada
zina. Zina boleh berlaku
bukan sahaja melibatkan
berlakunya persetubuhan
tetapi jugak melibatkan zina
tanpa kita sedar seperti zina
hati, zina mata, zina tangan
dan sebagainya yang
berkaitan dengan
kemaksiatan. Seperti mana
dalam artikel, risalah atau
apa sahaja yang berkaitan
dengan soal hukum bercinta
sebelum kahwin telah jelas ia
adalah haram kepada umat
islam kerana banyak
keburukan dari kebaikan.
Walau bagaimanapun ramai
juga di antara kita yang
bercinta walaupun tahu
hukum bercinta itu adalah
haram dari segi agama. Apa
boleh dibuat, perasaan
sayang punya pasal go on
jelah. Tapi kena ingat
berwaspadalah kamu kerana
setiap langkah percintaan
kamu ada kemudaratan
tanpa kamu sedari. Sama-
samalah kita muhasabah diri
dan elakkan berlakunya
kemaksiatan semasa
bercinta. Oleh itu, berjaga-
jagalah kepada sesiapa yang
masih belum bercinta,
jangan cuba-cuba nak
bercinta kalau tak pandai
urus cinta. Kalau dah suka
masuk je meminang, jumpa
mak ayah habis cerita…
Hehehehe….
Bagi yang dah bercinta
pandai-pandailah
menguruskan cinta
terutamanya bagi peringkat
umur remaja, biaslah cinta
sering dikaitkan dengan
remajakan. Oleh itu, anda
semua boleh ambik sedikit
panduan cinta k….
Goood Luck dalam bercinta.. =)